Bahasa hati adalah rasa dan perasaan
Bahasa akal adalah berfikir dan fikiran
Bahasa nafsu runtunan kehendak dan rangsangan
Bahasa mata adalah menangkap rupa dan warna
Bahasa lidah adalah perkataan dan percakapan
Bahasa jawarih sentuh dan sentuhan
Banyakkanlah hati berkata dan berbahasa
Tajamkanlah bahasa hati dan jiwa
Biarlah di dalam diri hati atau jiwa jadi jurubicara
Kerana patut dan memang patut kerana dia raja
Raja dirilah pemutus kata
Raja dirilah yang punyai perintah yang sah
Yang lain-lain itu biarlah jadi rakyat yang taat setia
Yang akan menjadi rakyat yang berkhidmat kepada raja
Yang akan menjadi tentera-tentera yang setia
Kalau setiap manusia boleh melakukan ini semuanya
Perjalanan hidup mereka sangat indah dan berfaedah
Segala-galanya akan menuju kepada Tuhannya
Sesuai dengan kehendak Tuhan mengapa manusia dijadikan
Iaitu mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi khalifah-Nya
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi